Kabinet mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mewartakan lokasi-lokasi yang akan dijadikan pusat pemindahan sementara dalam berdepan bencana banjir.<br /><br />Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Kabinet lalu sebagai langkah keselamatan susulan kemungkinan banjir besar berlaku pada Oktober dan November depan.
